ABOUT US

Buddies Venture memiliki beberapa buah laman maya yang boleh dihubungi mengikut keperluan pelanggan dan disiplin perniagaan yang dijalankan oleh ahli-ahli di dalam Buddies. Antaranya ialah:

1. Buddies Venture Travel & Tours Sdn. Bhd. (Website | Facebook | Blog)
  • Umum sifatnya. Website berperanan sebagai pautan maklumat untuk pakej-pakej pelancongan dan kereta sewa secara keseluruhan, Facebook menjadikan pilihan pakej pelancongan yang ditawarkan menjadi lebih spesifik, Blog menceritakan perjalanan perniagaan, maklumat umum, isu-isu semasa dan aktiviti di dalam syarikat.

2. Buddies Car Rental (Website | FB - Senai & Johor Bahru | FB - Batu Pahat)
  • Website dan Facebook ini bersifat lebih spesifik, lebih menjurus kepada Perkhidmatan Kereta Sewa disekitar kawasan Senai, Johor Bahru, dan Batu Pahat. Pelanggan boleh membuat tempahan secara online melalui website yang disediakan.

3. Buddies Management & Resources (Facebook)
  • Aktif bersosial dan merupakan Facebook pertama yang dibangunkan oleh syarikat. Pakej Pelancongan dan juga Perkhidmatan Kereta Sewa boleh dibincangkan disini juga. 

4. Buddies Training & Consultant (Website | Facebook)
  • Bersifat lebih spesifik kepada perkhidmatan Latihan dan Kem Motivasi. Website dan Facebook maklumat kursus dan konsultan bagi bagi semua golongan.

5. Buddies Venture (Website | Facebook)
  • Bersifat umum kepada kumpulan perniagaan yang bernaung dibawah nama "BUDDIES"


Buddies Venture Travel & Tours Sdn. Bhd.

Profile Syarikat


1. Sewaan Kenderaan

Syarikat menyediakan perkhidmatan sewaan kenderaan seperti kereta kompak, sedan, kereta pelbagai utiliti(MPV), pacuan empat roda (4WD), mini bas, bas dan lori. Syarikat menyediakan dua jenis perkhidmatan iaitu pandu sendiri dan sewaan kenderaan dengan pemandu. Perkhidmatan ini disediakan khusus kepada pelancong dan pelawat industri yang memerlukan perkhidmatan sewaan kenderaan di Malaysia serta negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
                                                        
2. Pelancongan

Syarikat melaksanakan perniagaan sebagai agen pelancongan dan lawatan, menyediakan pakej- pakej pelancongan dan lawatan termasuk umrah dan haji. Selain itu, menyediakan tiket penerbangan, membuat tempahan hotel, homestay dan chalet. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan sewaan kereta, bas mini, bas, lori dan pacuan empat roda (4WD) bagi tujuan pelancongan ke serata Malaysia dan negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
  
3. Kursus & Konsultan

Syarikat menyediakan tempat, fasilitator, aturcara dan segala kelengkapan kursus dan konsultan bagi pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi awan dan swasta serta penjawat awam dan swasta. Syarikat juga mengambil tempahan bagi menguruskan festival, ekspo dan persidangan di dalam dan luar negara.


4. Pembekal

Syarikat menjadi pembekal, pengedar, pengimport dan pengeksport bagi barangan kelengkapan pejabat seperti perabot, mesin dan lain-lain. Selain itu, syarikat juga menjadi pengedar baju korporat, baju sukan, baju bercetak  dan lain-lain bagi syarikat-syarikat, agensi-agensi dan individu di dalam dan luar negara.


No comments: