Friday 20 September 2013

Tip Melancong Yang Perlu Dimiliki Oleh "Backpackers"

Sebagai individu yang gemar melancong, secara peribadinya saya mencadangkan beberapa aplikasi Android yang mungkin mampu bertindak sebagai Pemandu Pelancong serba boleh. Jika berani, sebenarnya anda tidak memerlukan khidmat pemanduan pelancong. Bagi saya apa yang perlu ada pada diri anda ialah:


Gadget - Selain daripada anda perlu memiliki "Power Bank", perkara pertama yang harus anda lakukan ialah membeli Kad Telefon ber-"Data Plan" (maksudnya hanya boleh digunakan untuk mengakses internet sahaja). Jika mampu, beli plan yang boleh membuat panggilan telefon sekali, nombor tempatan (tempat yang anda dikunjungi). Berdasarkan pengalaman, semua Lapangan terbang di dunia ini, mesti ada sebuah kiosk yang menjual Data Sim. Dari sudut "Traveler", sebagai backpackers, pada saya sebuah Android @ Tablet sudah cukup memadai sekiranya ia memiliki perisian-perisian seperti yang tertera di atas untuk menjadi "Pemandu Pelancong". Kesemua aplikasi ini boleh dimiliki secara percuma. Contohnya:

Perisian ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang melancong secara bersendirian atau berkumpulan kecil. Ia bertindak seperti alat untuk mengawasi dan merokodkan pergerakan kita. Walau apa sahaja perkara yang anda lakukan seperti berjalan sendirian ke Hotel, menunggu Teksi, atau menghadapi situasi cemas,  ia akan menghantar Auto-alerts, GPS Tracking, dan juga Real-time Recording. Jika kita memerlukan panggilan kecemasan yang segera, hanya perlu "shake" Android anda dan amaran kecemasan akan dihantar ke kawasan berdekatan, maka panggilan kecemasan akan bermula.

Navigasi GPS secara rangkain sosial. Ia menghasilkan pandu arah jalan yang sangat mengagumkan. Para pengguna perisian ini boleh menghantar sebarang laporan keadaan semasa pada jalan yang sedang anda gunakan dan ia akan dikongsikan secara terus kepada semua pengguna yang memiliki alpikasi ini. Ia boleh disatukan dengan aplikasi Facebook. Hal ini menjadikan rangkain sosialnya menjadi semakin luas. Oleh itu anda akan sentiasa mengetahui situasi semasa yang berlaku disekitar jalan yang anda sedang gunakan.
Tidak semua kawasan ada rangkain data telefon yang efektif. Maka, kewujudan aplikasi ini sangat membantu kerana dilaporkan rangkaiannya sentiasa ada diseluruh dunia kerana ia mampu menarik signal "Hot-Spot" terdekat dengan lebih kuat berbanding dengan yang lain di dalam kategorinya.
Tepat, mudah digunakan, menggunakan "live currency rates", dimuatturun oleh lebih lima (5) juta pengguna diseluruh dunia. Demikianlah gambaran yang diberikan oleh majalah Gaya Travel Nusantara 2013. Oleh itu, tidak perlulah anda merasakan pening akan nilai kadar pertukaran wang semasa kerana kehadiran XE Currency lebih daripada cukup sebagai bahan rujukan.
Bagi pelancong yang beragama Islam, restoran makanan Halal adalah satu kewajipan yang perlu untuk dicari bilamana kita berada di kawasan negara yang mejoriti masyarakatnya adalah bukan Islam. Perisian ini adalah penyimpan database restoran Halal terbesar didunia. Ia merekodkan 75 000 pengguna untuk lebih 20 000 restoran halal di setiap negara bukan Islam diseluruh dunia.
Pemenang anugerah "Translation Tools"  yang mampu membantu travelers mengatasi masalah perbezaan bahasa. Dengan bantuan Tools ini, kita mampu mengakses lebih drp 60 bahasa dalam masa beberapa saat sahaja.

Ada banyak lagi aplikasi yang mungkin berguna untuk dimuatturun kedalam Android anda. Mungkin berbayar dan tidak mustahil percuma. Contohnya Jetlag Genie, Globe Tipping, Convert Clothes, dan Icarpark.



Bahasa Inggeris - Kesalahan Tatabahasa adalah perkara biasa bagi mereka yang berbahasa dalam bahasa yang bukan "mother-tongue". Tidak yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, langsung tidak membantu anda untuk bergerak bebas sebagai seorang "Pelancong". Oleh itu, keyakinan dan bersungguh-sungguh adalah perkara yang sangat penting dalam kita beromunikasi dengan orang luar ataupun orang yang baru sahaja dikenali. Saya pernah bertemu dengan seorang Pelancong daripada Jepun di Koh Lipe Island. Melalui pengamatan saya, beliau adalah seorang yang tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Namun kesungguhan dan keyakinan yang beliau miliki menyebabkan saya faham apakah sebenarnya yang cuba untuk disampaikan oleh beliau. Kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat mengenal pasti samada Beliau sedang berbahasa Inggeris ataupun sedang bercakap dalam bahasa Jepun. Contohnya, beliau ingin ke tandas dan bertanyakan kepada saya... "Excuse Me, You %$@#!& Toilet? Toilet? You Toilet?. Walaupun bahasa beliau agak tunggang langgang, tetapi gerak tangan dan ekspresi muka beliau yang bersungguh dan meyakinkan membuatkan saya faham, Beliau sebenarnya ingin ke tandas.


Kaji Budaya dan Kepercayaan - Kebanyakan Pelancong yang saya pernah bawa, sebenarnya mereka kurang mengetahui budaya tempat yang mereka kunjungi. Isu yang sering berlaku ialah wujud perbuatan mereka sebagai orang asing yang sering kali bercanggah dengan adab resam masyarakat yang menduduki tempat tersebut. Sebagai contoh, masyarakat di Saigon HCMC, kebanyakan adalah penganut agama Buddha yang berbeza mazhab dengan agama Buddha yang wujud di Malaysia dan agak tradisional sedikit. Mereka percaya bahawa rezeki akan datang di awal pagi hari, dan oleh sebab itulah aktiviti utama masyarakat ini iaitu berniaga perlu dilakukan di awal pagi hari. 


Sekiranya ada pelanggan yang memasuki premis perniagaan mereka tanpa membeli sebarang jualan yang mereka tawarkan, maka mereka percaya bahawa Hari tersebut membawa petanda yang kurang baik terhadap perniagaan mereka dan pintu rezeki mereka telah ditutup. Dalam hal ini, apa yang berlaku ialah kebanyakan Pelancong Malaysia yang pergi ke Vietnam memiliki semangat membeli belah yang sangat dahsyat. Proses tawar menawar harga dilakukan tanpa mengira waktu dan ketika. Hal tawar menawar ini sebenarnya tidak boleh dilakukan di pagi hari. Apatah lagi tidak ingin membeli disebabkan kita tidak puas hati dengan harga yang diberikan oleh peniaga. Lalu, melangkahlah kita keluar daripada premis si Peniaga tersebut tanpa membuat sebarang pembelian. Pernah berlaku (berdasarkan penceritaan kawan saya di HCMC), seorang Pelancong daripada Malaysia diugut oleh si Peniaga untuk membeli barangan mereka, dan yang paling malang lagi ialah si Pelancong tersebut perlu membayar dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga sebenar pakaian tersebut. Sebabnya? si Pelancong tersebut merupakan pelanggan pertama yang memasuki Premis tersebut di awal pagi hari, tetapi enggan membeli pakaian yang sudah pun ditawar olehnya. Tragis bukan? Kajian terhadap budaya dan kepercayaan ini juga menjamin kita untuk bergerak dengan lebih yakin kerana kita sudah pernah mendengar perkara tersebut, nama tempat, kawasan, dan budaya yang ada pada masyarakat yang kita kunjungi.


Ilmu Pertahaman Diri - Tidak kira dimana sahaja kita berada, ilmu untuk mempertahankan diri ini perlu ada dalam diri kita. Secara peribadi, ilmu ini tidaklah semestinya berbentuk fizikal yang kita mampu bersilat, Taek-Wandoo, Tai Chi atau sebagainya. Tetapi ianya ialah mekanisme yang kita sudah rangka untuk kita mengatasi sebarang permasalah yang bakal berlaku pada diri kita. Atau dengan bahasa mudahnya idea dan gambaran untuk kita bertindak berhadapan dengan masalah. Ini Perlu dan wajib!!! Sekiranya anda memiliki kebolehan untuk betarung secara fizikal, ia adalah merupakan satu bonus.


Maka dengan itu, adalah diharapkan beberapa tip yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau idea serta cadangan, sila nyatakan pada ruangan komen dibawah. Sekian Terima Kasih.

Wednesday 18 September 2013

Trip Melancong Sambil Membeli Belah Ho Chi Minh ,Vietnam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ho Chi Minh , Vietnam yang juga dikenali sebagai Saigon merupakan destinasi yang sangat menarik untuk wanita Malaysia amnya, khususnya kaum hawa beragama Islam yang gemar bershopping untuk mendapatkan pakaian keperluan mereka. Daripada tudung, baju kurung, beg sehinggalah kasut dijual pada harga yang murah yang selalunya menjadikan masa untuk bershopping tidak pernah cukup.
Hari Pertama,

Setelah tiba di Ho Chi Minh Air-Port, kami diberitahu tentang restoran halal untuk pengunjung muslim yang bakal di hidangkan. Kami diberitahu pada 10 tahun lepas, terdapat hanya 3 buah restoran makanan halal disini, namun pada hari ini jumlah restoran Halal telah menjadi 30 buah kesemuanya yang terletak di banyak kawasan terutama di tengah-tengah Kota Ho Chi Minh menjadikan pelancong dan pemborong tidak perlu risau untuk mengisi perut sepanjang 3 hari.





Tempat Pertama yang dikunjungi ialah Pasar Bey Tan yang dikenali China Town menjadi tumpuan kerana mempunyai pelbagai jenis barangan yang dijual dari Kain, Tudung, Selendang , Makanan, Barangan Plastik, T-shirt dan Beg. Hari pertama merupakan hari untuk melihat-lihat dan mengetahui harga barang secara kasar.
Kami Pulang Ke Hotel untuk menguruskan diri. Untuk mereka yang tidak memerlukan rehat, mereka hanya boleh berjalan selama 1 minit daripada Hotel Penginapan ke Pasar Ben Tan yang cukup terkenal dengan pakaian murah, berjahit atau tidak, bermanik, pelbagai jenis kain termasuk Suit lengkap lelaki yang boleh disiapkan sehari hanya pada harga RM250 berserta seluar mahupun baju untuk majlis nikah lengkap disini.
Sepanjang Perjalanan ke Pasar Ben Tan juga sudah ada kedai-kedai pakaian yang menawarkan harga yang murah dang lengkap untuk anda mencari segala bentuk keperluan.

Hari ke 2

Hari ini adalah hari untuk mengunjungi terowong bawah tanah yang dibuat dan digunakan semasa perang antara Amerika- Vietnam. Kunjungan ini bukan seperti kunjungan seperti melawat muzium, tetapi tempat ini TERSANGAT menarik untuk kita mengetahui rahsia tentera Kominis mengalahkan Amerika. Mereka merangka strategi TERSANGAT teliti dan setiap aspek tanpa penggunaan teknologi canggih. Hanya berbekalkan idea yang efektif, tentera dan hutan sebagai keperluan. Haha




Lawatan tamat pada tengah hari, maka selepas makan tengah hari. Masa untuk terus bershopping.