Thursday 24 October 2013

MENGENAI INDUSTRI PELANCONGAN*


Industri pelancongan adalah salah satu penyumbang kepada ekonomi negara yang semakin meningkat kepentingannya. Malaysia yang mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara. Laman ini menyediakan maklumat dan garis panduan yang boleh membantu usahawan dan pelabur yang ingin menceburi industri pelancongan di Malaysia.

Garis Panduan


Kerajaan menetapkan garis panduan kepada syarikat dan individu yang ingin memohon lesen dalam industri pelancongan. Ini termasuk lesen pengendalian tempat penginapan, pengangkutan, menubuhkan institusi pelancongan dan menjalankan projek pelancongan.




Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Skim Bantuan Kerajaan
Kerajaan menyediakan skim bantuan dan pembiayaan sebagai langkah menyokong penglibatan syarikat dan individu dalam industri pelancongan di Malaysia. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Tabung Infrastruktur Pelancongan (Bahasa Inggeris sahaja)
Kemudahan Bantuan Jaminan Khas (SRGF) (Bahasa Inggeris sahaja)

Lesen dan Permit
Semua jenis perniagaan dalam industri pelancongan memerlukan lesen atau permit. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Lesen pengangkutan perdagangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung Malaysia
Jika perniagaan pelancongan anda melibatkan pengangkutan kenderaan perdagangan, anda perlu merujuk kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
LPKP telah ditubuhkan untuk melaksana, mentadbir dan menguatkuasakan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) untuk menentukan supaya keperluan kenderaan perdagangan mencukupi dan dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan mengikut keadaan perkembangan semasa.
Laman ini menyediakan maklumat mengenai permohonan lesen untuk kenderaan perdagangan.
Kelas Dan Kategori Lesen
Terdapat dua jenis lesen iaitu:
Lesen Kenderaan Barangan
Terbahagi kepada dua kelas:
• Lesen Pembawa A (LA) - dikeluarkan kepada kenderaan membawa barangan untuk disewa dan upah.
• Lesen Pembawa C (LC) - dikeluarkan kepada kenderaan membawa barang-barang kepunyaan sendiri sahaja.
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (tidak termasuk lesen untuk bas persiaran dan kereta sewa pandu yang perlu dirujuk kepada Kementerian Pelancongan)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam terbahagi kepada kelas-kelas berikut:
  • Bas berhenti-henti
  • Bas ekspres
  • Bas sekolah
  • Bas pekerja
  • Teksi
  • Teksi mewah
  • Bas catar
  • Bas mini
  • Bas pengantara
  • Teksi lapangan terbang
  • Kereta sewa
  • Kelas-kelas lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa
Jenis Borang
Permohonan Baru
LPKP 1 (Pin. 3/98)
Borang permohonan bagi Kenderaan Perkhidmatan Awam untuk kereta sewa / kereta sewa dan pandu / teksi / teksi lapangan terbang / teksi mewah
LPKP 2 (Pin.3/98)
Borang permohonan bagi Kenderaan Barangan Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’
LPKP 3 (Pin 3/98)
Borang permohonan bagi Kenderaan Perkhidmatan Awam bagi bas berhenti-henti / bas ekspres / bas mini / bas pekerja / bas pengantara / bas sekolah
Permohonan Membaharui
1. LPKP 4 (Pin. 2/98)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
kereta sewa / kereta sewa dan pandu / teksi / teksi lapangan terbang / teksi mewah
2. LPKP 5 (Pin. 2/98)
Lesen Kenderaan Barangan
Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’
3. LPKP 6 (Pin. 1/98)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan
bas berhenti-henti / bas ekspres / bas mini / bas pekerja / bas pengantara / bas sekolah
Permohonan Ubah Syarat
11A LPKP 14
Borang permohonan Ubah Syarat Lesen atau Syarat Tertakluk bagi Lesen / Pertukaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam bagi kereta sewa / kereta sewa dan pandu / teksi / teksi lapangan terbang / teksi mewah
11B LPKP 15
Borang permohonan Ubah Syarat Lesen atau Syarat Tertakluk bagi Lesen / Pertukaran Lesen Kenderaan Barangan Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’
11C LPKP 16
Borang permohonan Ubah Syarat Lesen atau Syarat Tertakluk bagi Lesen / Pertukaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam bas berhenti-henti / bas ekspres / bas mini / bas pekerja / bas pengantara / bas sekolah
11D LPKP 17
Borang permohonan Ubah Syarat Surat tawaran Kenderaan Perkhidmatan Awam / Barangan
Berat Dengan Muatan
Berat minimum kenderaan yang perlu dilesenkan mengikut kategori adalah seperti berikut:
a. Lesen Pembawa A: Tiada berat minimum
b. Lesen Pembawa C: BDM 5,001 kg ke atas
Bayaran Perkhidmatan
Bil. Jenis Bayaran Kadar Bayaran (RM)
1 Borang Permohonan Pemprosesan 2.00
1A Pemprosesan Permohonan bagi setiap lesen:
  • bas berhenti-henti, bas ekspres, bas mini,
  • bas pekerja, bas pengantara, bas sekolah kereta sewa,
  • kereta sewa dan pandu, teksi, teksi lapangan terbang,
  • teksi mewah; dan
ii. Barangan lesen pembawa ‘A/C’ 10.00
Untuk membekalkan sijil diakui sah bagi dokumen
Catatan– Dokumen tidak termasuk lesen, borang berdaftar atau rekod-rekod lain untuk disimpan dan dijaga oleh Lembaga 10.00
[Dibatalkan oleh P.U. (A) 89/1989]
Untuk membekalkan asas plet untuk Kenderaan Sewa dan Pandu, diserah kembali apabila plet dipulangkan dalam
keadaan sempurna 20.00
4A Untuk membekalkan satu set jadual harga, Kereta Sewa atau Teksi 10.00
4B Untuk permohonan lulus penambahan waktu bagi pemeriksaan dan pindah milik kenderaan 50.00
5. Untuk membekalkan –
a. Pendua lesen
b. (Dibatalkan)
c. (Dibatalkan) 20.00
5A Untuk membekalkan -
a. Lesen Pembawa
b. (Dibatalkan) 20.00
5B Untuk membekalkan satu lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
A. Bas catar 20.00
B. Bas ekspres

No comments: