Saturday 26 October 2013

Bajet 2014 dan Sektor Pelancongan

*Sumber daripada Berita Utusan 25/10/2013

Bajet 2014: Tabung khas insfrastruktur pelancongan


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah RM2 bilion akan disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi membiayai kos pembinaan infrastruktur berkaitan sektor pelancongan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata tabung tersebut akan menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah rendah antara empat hingga enam peratus, di mana kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus.
"Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan," katanya.
Bagi terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Najib berkata kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutama bagi hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang.
"Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi, sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya daripada kategori mewah dan berbelanja tinggi.
"Menyokong usaha ini, kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga 31 Disember 2016," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, Najib mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Perayaan dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun ini dan tahun depan dengan merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan meliputi program promosi dan pengiklanan.
Beliau berkata Malaysia menyasar 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).
"Sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak RM65 bilion pada tahun ini dan berpotensi untuk dipertingkatkan," katanya. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 


*Sumber daripada MediaSelangorku 26/10/2013
Bajet 2014 gagal imbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata tabung tersebut akan menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah rendah antara empat hingga enam peratus, di mana kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus. "Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan," katanya. Bagi terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Najib berkata kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutama bagi hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang.
"Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi, sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya daripada kategori mewah dan berbelanja tinggi.
"Menyokong usaha ini, kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga 31 Disember 2016," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, Najib mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Perayaan dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun ini dan tahun depan dengan merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan meliputi program promosi dan pengiklanan.
Beliau berkata Malaysia menyasar 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).
"Sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak RM65 bilion pada tahun ini dan berpotensi untuk dipertingkatkan," katanya. - BERNAMA

SHAH ALAM 26 OKT : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal untuk mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak 3 peratus pada 2015.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.
“Perbelanjaan operasi untuk kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 daripada 80.2 peratus pada tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.
Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada tahun 2014.
Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.
“Sebagai pusat pintu masuk ke Malaysia, Selangor akan memastikan pelbagai program dan aktiviti untuk meneroka peluang dalam industri pelancongan Malaysia dengan mensasarkan untuk menyambut 28 juta pelancong pada 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia,” kata Abdul Khalid.

No comments: