Sunday 27 October 2013

Thailand - Krabi, Phuket, Hatyai 6H4N November Trip 2013

PAKEJ EKONOMI CUTI SEKOLAH 23HB-27HB NOVEMBER 2013 HANYA RM680/HEAD SHJ. 5D4N - 1 MALAM DI KRABI, 2 MALAM DI PHUKET DAN LAST 1 MALAM DI HATYAI. PAKEJ "ALL IN" PERGI BALIK DARI KL MENAIKI BAS PERSIARAN 44 SEATER (MAKAN MINUM TIDAK TERMASUK)
November Trip (1Hb - 6Hb) ~ Krabi, Phuket, Hatyai 6D4N.  call 013 888 2531
Price : Rm680/Head (Ground Package From Kl). Sempena Cuti Umum Bersambung....Deepavali Dan Awal Muharram. Makan minum dan juga bfast tak termasuk.
Hari Pertama ~1Hb November 2013(Jumaat)
Berkumpul di TBS pada Jam 9.00 Malam.
9.30 Pm - Bertolak Dr TBS
Hari Kedua ~2Hb November 2013(Sabtu)
6.00Am - Jangka tiba di CIQ Padang Besar
2.00Pm - Dijangka Sampai Di Krabi
2.30Pm - check in dan aktiviti Bebas
8.00Pm - Makan Malam Disekitar Kawasan Hotel
10.00Pm - Aktiviti Bebas/ Tidur
Hari Ketiga ~3Hb November 2013(Ahad)
(8.30Am - 12.30Pm) Island Hopping Ke 4 Buah Pulau Di Krabi ~ Aktiviti Pantai @Bertiket BATH 800/Head
Lunch Semasa Di Sana Disediakan Oleh Penganjur.
3.00Pm - Bertolak Ke Phuket
6.00Pm - Check In Hotel Di Phuket
8.00Pm - Aktiviti Bebas/"Optional"Phuket Fantasea Show (Bertiket @Bath 150 Include Dinner Buffet "Halal Food")
Hari Keempat ~4Hb November 2013(Isnin)
7.30Am - Sarapan Pagi.
(8.30Am - 4.00Pm) Island Hopping Ke Phi Phi Island ~ Aktiviti Pantai, Snorkeling & Lunch Buffet Disediakan Oleh Penganjur @Bertiket BATH 1000
(4.30Pm - 8.00Pm) Phuket City Sightseeing Tours Dan Ke Phuket Sunset View Point.
9.00Pm - Kembali Ke Hotel Dan Makan Malam
10.00Pm - Aktiviti Bebas.
Hari Kelima ~5Hb November 2013(Selasa)
8.00Am - Check Out.
9.00Am - Sarapan Pagi.
10.00Am - Bertolak ke Hatyai
6.00Pm - Jangka tiba di pekan Hatyai
6.30Pm- Membeli Belah Di Nora Leather Plaza
7.30Pm- Membeli Belah Di Kilang Kacang Gajus
8.30Pm - Check In Hotel/ Aktiviti Bebas
Hari Keenam ~6Hb November 2013(Rabu)
8.00Am - Sarapan Pagi.
12.00Pm - Check Out.
1.00Pm - Berada Di Imigresen Malaysia/Thailand, Bukit Kayu Hitam.
1.30Pm - Bertolak Pulang Ke Kl Dari Sempadan Bukit Kayu Hitam.
11.00Pm - Dijangka Sampai Ke TBS
(Program Tamat)

Note;
Peserta Akan Menaiki Bas Persiaran 44 Seater Dr TBS
Makan Minum Dan Breakfast "TIDAK DISEDIAKAN" Sepanjang Trip "Kecuali" lunch Sewaktu Di Phi Phi Island Dan Island Hopping di Krabi.
I) Perjalan Menaiki Ferry Ke Pulau Phi Phi Mengambil Masa 3Jam (Bertiket).
ii) "Island Hopping" Di Krabi ~4 Buah Pulau selama 3 Jam (Bertiket).
#Pakej Tidak Termasuk "Tiket" Mana-Mana Tempat Lawatan sepanjang trip.
Pakej Termasuk.
1) Penginapan 2 Mlm Di Phuket, 1 Mlm Di Krabi Dan 1 Mlm Di Hatyai
2) Tourist Guide Dan Tour Leader
3) Insuran Perjalanan Individu
4) Kastam Dan Imigresen Clearance
5) Bas Persiaran Pergi Balik Dr TBS ~Phuket,Krabi, Hatyai
Harga kanak2 tanpa katil RM350/head'


                               FOR REGISTRATION CALL NOW: 013 888 2531 Jen

Saturday 26 October 2013

Bajet 2014 dan Sektor Pelancongan

*Sumber daripada Berita Utusan 25/10/2013

Bajet 2014: Tabung khas insfrastruktur pelancongan


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah RM2 bilion akan disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi membiayai kos pembinaan infrastruktur berkaitan sektor pelancongan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata tabung tersebut akan menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah rendah antara empat hingga enam peratus, di mana kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus.
"Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan," katanya.
Bagi terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Najib berkata kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutama bagi hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang.
"Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi, sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya daripada kategori mewah dan berbelanja tinggi.
"Menyokong usaha ini, kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga 31 Disember 2016," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, Najib mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Perayaan dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun ini dan tahun depan dengan merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan meliputi program promosi dan pengiklanan.
Beliau berkata Malaysia menyasar 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).
"Sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak RM65 bilion pada tahun ini dan berpotensi untuk dipertingkatkan," katanya. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 


*Sumber daripada MediaSelangorku 26/10/2013
Bajet 2014 gagal imbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata tabung tersebut akan menyediakan pinjaman mudah dengan kadar faedah rendah antara empat hingga enam peratus, di mana kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus. "Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan," katanya. Bagi terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan, Najib berkata kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutama bagi hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang.
"Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi, sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya daripada kategori mewah dan berbelanja tinggi.
"Menyokong usaha ini, kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga 31 Disember 2016," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, Najib mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Perayaan dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun ini dan tahun depan dengan merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan meliputi program promosi dan pengiklanan.
Beliau berkata Malaysia menyasar 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).
"Sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak RM65 bilion pada tahun ini dan berpotensi untuk dipertingkatkan," katanya. - BERNAMA

SHAH ALAM 26 OKT : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal untuk mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak 3 peratus pada 2015.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.
“Perbelanjaan operasi untuk kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 daripada 80.2 peratus pada tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.
Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada tahun 2014.
Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.
“Sebagai pusat pintu masuk ke Malaysia, Selangor akan memastikan pelbagai program dan aktiviti untuk meneroka peluang dalam industri pelancongan Malaysia dengan mensasarkan untuk menyambut 28 juta pelancong pada 2014 sempena Tahun Melawat Malaysia,” kata Abdul Khalid.

Thursday 24 October 2013

MENGENAI INDUSTRI PELANCONGAN*


Industri pelancongan adalah salah satu penyumbang kepada ekonomi negara yang semakin meningkat kepentingannya. Malaysia yang mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara. Laman ini menyediakan maklumat dan garis panduan yang boleh membantu usahawan dan pelabur yang ingin menceburi industri pelancongan di Malaysia.

Garis Panduan


Kerajaan menetapkan garis panduan kepada syarikat dan individu yang ingin memohon lesen dalam industri pelancongan. Ini termasuk lesen pengendalian tempat penginapan, pengangkutan, menubuhkan institusi pelancongan dan menjalankan projek pelancongan.




Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Skim Bantuan Kerajaan
Kerajaan menyediakan skim bantuan dan pembiayaan sebagai langkah menyokong penglibatan syarikat dan individu dalam industri pelancongan di Malaysia. Klik pada pautan-pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Tabung Infrastruktur Pelancongan (Bahasa Inggeris sahaja)
Kemudahan Bantuan Jaminan Khas (SRGF) (Bahasa Inggeris sahaja)

Lesen dan Permit
Semua jenis perniagaan dalam industri pelancongan memerlukan lesen atau permit. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
Lesen pengangkutan perdagangan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Semenanjung Malaysia
Jika perniagaan pelancongan anda melibatkan pengangkutan kenderaan perdagangan, anda perlu merujuk kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
LPKP telah ditubuhkan untuk melaksana, mentadbir dan menguatkuasakan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) untuk menentukan supaya keperluan kenderaan perdagangan mencukupi dan dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan mengikut keadaan perkembangan semasa.
Laman ini menyediakan maklumat mengenai permohonan lesen untuk kenderaan perdagangan.
Kelas Dan Kategori Lesen
Terdapat dua jenis lesen iaitu:
Lesen Kenderaan Barangan
Terbahagi kepada dua kelas:
• Lesen Pembawa A (LA) - dikeluarkan kepada kenderaan membawa barangan untuk disewa dan upah.
• Lesen Pembawa C (LC) - dikeluarkan kepada kenderaan membawa barang-barang kepunyaan sendiri sahaja.
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (tidak termasuk lesen untuk bas persiaran dan kereta sewa pandu yang perlu dirujuk kepada Kementerian Pelancongan)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam terbahagi kepada kelas-kelas berikut:
  • Bas berhenti-henti
  • Bas ekspres
  • Bas sekolah
  • Bas pekerja
  • Teksi
  • Teksi mewah
  • Bas catar
  • Bas mini
  • Bas pengantara
  • Teksi lapangan terbang
  • Kereta sewa
  • Kelas-kelas lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa
Jenis Borang
Permohonan Baru
LPKP 1 (Pin. 3/98)
Borang permohonan bagi Kenderaan Perkhidmatan Awam untuk kereta sewa / kereta sewa dan pandu / teksi / teksi lapangan terbang / teksi mewah
LPKP 2 (Pin.3/98)
Borang permohonan bagi Kenderaan Barangan Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’
LPKP 3 (Pin 3/98)
Borang permohonan bagi Kenderaan Perkhidmatan Awam bagi bas berhenti-henti / bas ekspres / bas mini / bas pekerja / bas pengantara / bas sekolah
Permohonan Membaharui
1. LPKP 4 (Pin. 2/98)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
kereta sewa / kereta sewa dan pandu / teksi / teksi lapangan terbang / teksi mewah
2. LPKP 5 (Pin. 2/98)
Lesen Kenderaan Barangan
Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’
3. LPKP 6 (Pin. 1/98)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan
bas berhenti-henti / bas ekspres / bas mini / bas pekerja / bas pengantara / bas sekolah
Permohonan Ubah Syarat
11A LPKP 14
Borang permohonan Ubah Syarat Lesen atau Syarat Tertakluk bagi Lesen / Pertukaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam bagi kereta sewa / kereta sewa dan pandu / teksi / teksi lapangan terbang / teksi mewah
11B LPKP 15
Borang permohonan Ubah Syarat Lesen atau Syarat Tertakluk bagi Lesen / Pertukaran Lesen Kenderaan Barangan Lesen Pembawa ‘A’ / ‘C’
11C LPKP 16
Borang permohonan Ubah Syarat Lesen atau Syarat Tertakluk bagi Lesen / Pertukaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam bas berhenti-henti / bas ekspres / bas mini / bas pekerja / bas pengantara / bas sekolah
11D LPKP 17
Borang permohonan Ubah Syarat Surat tawaran Kenderaan Perkhidmatan Awam / Barangan
Berat Dengan Muatan
Berat minimum kenderaan yang perlu dilesenkan mengikut kategori adalah seperti berikut:
a. Lesen Pembawa A: Tiada berat minimum
b. Lesen Pembawa C: BDM 5,001 kg ke atas
Bayaran Perkhidmatan
Bil. Jenis Bayaran Kadar Bayaran (RM)
1 Borang Permohonan Pemprosesan 2.00
1A Pemprosesan Permohonan bagi setiap lesen:
  • bas berhenti-henti, bas ekspres, bas mini,
  • bas pekerja, bas pengantara, bas sekolah kereta sewa,
  • kereta sewa dan pandu, teksi, teksi lapangan terbang,
  • teksi mewah; dan
ii. Barangan lesen pembawa ‘A/C’ 10.00
Untuk membekalkan sijil diakui sah bagi dokumen
Catatan– Dokumen tidak termasuk lesen, borang berdaftar atau rekod-rekod lain untuk disimpan dan dijaga oleh Lembaga 10.00
[Dibatalkan oleh P.U. (A) 89/1989]
Untuk membekalkan asas plet untuk Kenderaan Sewa dan Pandu, diserah kembali apabila plet dipulangkan dalam
keadaan sempurna 20.00
4A Untuk membekalkan satu set jadual harga, Kereta Sewa atau Teksi 10.00
4B Untuk permohonan lulus penambahan waktu bagi pemeriksaan dan pindah milik kenderaan 50.00
5. Untuk membekalkan –
a. Pendua lesen
b. (Dibatalkan)
c. (Dibatalkan) 20.00
5A Untuk membekalkan -
a. Lesen Pembawa
b. (Dibatalkan) 20.00
5B Untuk membekalkan satu lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
A. Bas catar 20.00
B. Bas ekspres

Sunday 20 October 2013

Company Reviews 1 : Buddies Venture Travel & Tours Sdn. Bhd.

BUDDIES VENTURE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.


Buddies Venture memiliki beberapa buah laman maya yang boleh dihubungi mengikut keperluan pelanggan dan disiplin perniagaan yang dijalankan oleh ahli-ahli di dalam Buddies. Antaranya ialah:

1. Buddies Venture Travel & Tours Sdn. Bhd. (Website | Facebook | Blog)
  • Umum sifatnya. Website berperanan sebagai pautan maklumat untuk pakej-pakej pelancongan dan kereta sewa secara keseluruhan, Facebook menjadikan pilihan pakej pelancongan yang ditawarkan menjadi lebih spesifik, Blog menceritakan perjalanan perniagaan, maklumat umum, isu-isu semasa dan aktiviti di dalam syarikat.

2. Buddies Car Rental (Website | FB - Senai & Johor Bahru | FB - Batu Pahat)
  • Website dan Facebook ini bersifat lebih spesifik, lebih menjurus kepada Perkhidmatan Kereta Sewa disekitar kawasan Senai, Johor Bahru, dan Batu Pahat. Pelanggan boleh membuat tempahan secara online melalui website yang disediakan.

3. Buddies Management & Resources (Facebook)
  • Aktif bersosial dan merupakan Facebook pertama yang dibangunkanoleh syarikat. Pakej Pelancongan dan juga Perkhidmatan Kereta Sewa boleh dibincangkan disini juga. 

4. Buddies Training & Consultant (Website | Facebook)
  • Bersifat lebih spesifik kepada perkhidmatan Latihan dan Kem Motivasi.Website dan Facebook maklumat kursus dan konsultan bagi bagi semua golongan.

5. Buddies Venture (Website | Facebook)
  • Bersifat umum kepada kumpulan perniagaan yang bernaung dibawah nama "BUDDIES"

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah:

Pakej Pelancongan : 013 888 2531 (Indra) - 07 5900 730
Kereta Sewa : 010 771 5153 (Mis Jay) - 07 4530 327

Atau, Tinggalkan Komen anda di Sini >> http://buddiesventure.blogspot.com/p/feedback.html

Friday 20 September 2013

Tip Melancong Yang Perlu Dimiliki Oleh "Backpackers"

Sebagai individu yang gemar melancong, secara peribadinya saya mencadangkan beberapa aplikasi Android yang mungkin mampu bertindak sebagai Pemandu Pelancong serba boleh. Jika berani, sebenarnya anda tidak memerlukan khidmat pemanduan pelancong. Bagi saya apa yang perlu ada pada diri anda ialah:


Gadget - Selain daripada anda perlu memiliki "Power Bank", perkara pertama yang harus anda lakukan ialah membeli Kad Telefon ber-"Data Plan" (maksudnya hanya boleh digunakan untuk mengakses internet sahaja). Jika mampu, beli plan yang boleh membuat panggilan telefon sekali, nombor tempatan (tempat yang anda dikunjungi). Berdasarkan pengalaman, semua Lapangan terbang di dunia ini, mesti ada sebuah kiosk yang menjual Data Sim. Dari sudut "Traveler", sebagai backpackers, pada saya sebuah Android @ Tablet sudah cukup memadai sekiranya ia memiliki perisian-perisian seperti yang tertera di atas untuk menjadi "Pemandu Pelancong". Kesemua aplikasi ini boleh dimiliki secara percuma. Contohnya:

Perisian ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang melancong secara bersendirian atau berkumpulan kecil. Ia bertindak seperti alat untuk mengawasi dan merokodkan pergerakan kita. Walau apa sahaja perkara yang anda lakukan seperti berjalan sendirian ke Hotel, menunggu Teksi, atau menghadapi situasi cemas,  ia akan menghantar Auto-alerts, GPS Tracking, dan juga Real-time Recording. Jika kita memerlukan panggilan kecemasan yang segera, hanya perlu "shake" Android anda dan amaran kecemasan akan dihantar ke kawasan berdekatan, maka panggilan kecemasan akan bermula.

Navigasi GPS secara rangkain sosial. Ia menghasilkan pandu arah jalan yang sangat mengagumkan. Para pengguna perisian ini boleh menghantar sebarang laporan keadaan semasa pada jalan yang sedang anda gunakan dan ia akan dikongsikan secara terus kepada semua pengguna yang memiliki alpikasi ini. Ia boleh disatukan dengan aplikasi Facebook. Hal ini menjadikan rangkain sosialnya menjadi semakin luas. Oleh itu anda akan sentiasa mengetahui situasi semasa yang berlaku disekitar jalan yang anda sedang gunakan.
Tidak semua kawasan ada rangkain data telefon yang efektif. Maka, kewujudan aplikasi ini sangat membantu kerana dilaporkan rangkaiannya sentiasa ada diseluruh dunia kerana ia mampu menarik signal "Hot-Spot" terdekat dengan lebih kuat berbanding dengan yang lain di dalam kategorinya.
Tepat, mudah digunakan, menggunakan "live currency rates", dimuatturun oleh lebih lima (5) juta pengguna diseluruh dunia. Demikianlah gambaran yang diberikan oleh majalah Gaya Travel Nusantara 2013. Oleh itu, tidak perlulah anda merasakan pening akan nilai kadar pertukaran wang semasa kerana kehadiran XE Currency lebih daripada cukup sebagai bahan rujukan.
Bagi pelancong yang beragama Islam, restoran makanan Halal adalah satu kewajipan yang perlu untuk dicari bilamana kita berada di kawasan negara yang mejoriti masyarakatnya adalah bukan Islam. Perisian ini adalah penyimpan database restoran Halal terbesar didunia. Ia merekodkan 75 000 pengguna untuk lebih 20 000 restoran halal di setiap negara bukan Islam diseluruh dunia.
Pemenang anugerah "Translation Tools"  yang mampu membantu travelers mengatasi masalah perbezaan bahasa. Dengan bantuan Tools ini, kita mampu mengakses lebih drp 60 bahasa dalam masa beberapa saat sahaja.

Ada banyak lagi aplikasi yang mungkin berguna untuk dimuatturun kedalam Android anda. Mungkin berbayar dan tidak mustahil percuma. Contohnya Jetlag Genie, Globe Tipping, Convert Clothes, dan Icarpark.



Bahasa Inggeris - Kesalahan Tatabahasa adalah perkara biasa bagi mereka yang berbahasa dalam bahasa yang bukan "mother-tongue". Tidak yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, langsung tidak membantu anda untuk bergerak bebas sebagai seorang "Pelancong". Oleh itu, keyakinan dan bersungguh-sungguh adalah perkara yang sangat penting dalam kita beromunikasi dengan orang luar ataupun orang yang baru sahaja dikenali. Saya pernah bertemu dengan seorang Pelancong daripada Jepun di Koh Lipe Island. Melalui pengamatan saya, beliau adalah seorang yang tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Namun kesungguhan dan keyakinan yang beliau miliki menyebabkan saya faham apakah sebenarnya yang cuba untuk disampaikan oleh beliau. Kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat mengenal pasti samada Beliau sedang berbahasa Inggeris ataupun sedang bercakap dalam bahasa Jepun. Contohnya, beliau ingin ke tandas dan bertanyakan kepada saya... "Excuse Me, You %$@#!& Toilet? Toilet? You Toilet?. Walaupun bahasa beliau agak tunggang langgang, tetapi gerak tangan dan ekspresi muka beliau yang bersungguh dan meyakinkan membuatkan saya faham, Beliau sebenarnya ingin ke tandas.


Kaji Budaya dan Kepercayaan - Kebanyakan Pelancong yang saya pernah bawa, sebenarnya mereka kurang mengetahui budaya tempat yang mereka kunjungi. Isu yang sering berlaku ialah wujud perbuatan mereka sebagai orang asing yang sering kali bercanggah dengan adab resam masyarakat yang menduduki tempat tersebut. Sebagai contoh, masyarakat di Saigon HCMC, kebanyakan adalah penganut agama Buddha yang berbeza mazhab dengan agama Buddha yang wujud di Malaysia dan agak tradisional sedikit. Mereka percaya bahawa rezeki akan datang di awal pagi hari, dan oleh sebab itulah aktiviti utama masyarakat ini iaitu berniaga perlu dilakukan di awal pagi hari. 


Sekiranya ada pelanggan yang memasuki premis perniagaan mereka tanpa membeli sebarang jualan yang mereka tawarkan, maka mereka percaya bahawa Hari tersebut membawa petanda yang kurang baik terhadap perniagaan mereka dan pintu rezeki mereka telah ditutup. Dalam hal ini, apa yang berlaku ialah kebanyakan Pelancong Malaysia yang pergi ke Vietnam memiliki semangat membeli belah yang sangat dahsyat. Proses tawar menawar harga dilakukan tanpa mengira waktu dan ketika. Hal tawar menawar ini sebenarnya tidak boleh dilakukan di pagi hari. Apatah lagi tidak ingin membeli disebabkan kita tidak puas hati dengan harga yang diberikan oleh peniaga. Lalu, melangkahlah kita keluar daripada premis si Peniaga tersebut tanpa membuat sebarang pembelian. Pernah berlaku (berdasarkan penceritaan kawan saya di HCMC), seorang Pelancong daripada Malaysia diugut oleh si Peniaga untuk membeli barangan mereka, dan yang paling malang lagi ialah si Pelancong tersebut perlu membayar dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga sebenar pakaian tersebut. Sebabnya? si Pelancong tersebut merupakan pelanggan pertama yang memasuki Premis tersebut di awal pagi hari, tetapi enggan membeli pakaian yang sudah pun ditawar olehnya. Tragis bukan? Kajian terhadap budaya dan kepercayaan ini juga menjamin kita untuk bergerak dengan lebih yakin kerana kita sudah pernah mendengar perkara tersebut, nama tempat, kawasan, dan budaya yang ada pada masyarakat yang kita kunjungi.


Ilmu Pertahaman Diri - Tidak kira dimana sahaja kita berada, ilmu untuk mempertahankan diri ini perlu ada dalam diri kita. Secara peribadi, ilmu ini tidaklah semestinya berbentuk fizikal yang kita mampu bersilat, Taek-Wandoo, Tai Chi atau sebagainya. Tetapi ianya ialah mekanisme yang kita sudah rangka untuk kita mengatasi sebarang permasalah yang bakal berlaku pada diri kita. Atau dengan bahasa mudahnya idea dan gambaran untuk kita bertindak berhadapan dengan masalah. Ini Perlu dan wajib!!! Sekiranya anda memiliki kebolehan untuk betarung secara fizikal, ia adalah merupakan satu bonus.


Maka dengan itu, adalah diharapkan beberapa tip yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau idea serta cadangan, sila nyatakan pada ruangan komen dibawah. Sekian Terima Kasih.