Sebagai individu yang gemar melancong, secara peribadinya saya mencadangkan beberapa aplikasi Android yang mungkin mampu bertindak sebagai Pemandu Pelancong serba boleh. Jika berani, sebenarnya anda tidak memerlukan khidmat pemanduan pelancong. Bagi saya apa yang perlu ada pada diri anda ialah:
Gadget - Selain daripada anda perlu memiliki "Power Bank", perkara pertama yang harus anda lakukan ialah membeli Kad Telefon ber-"Data Plan" (maksudnya hanya boleh digunakan untuk mengakses internet sahaja). Jika mampu, beli plan yang boleh membuat panggilan telefon sekali, nombor tempatan (tempat yang anda dikunjungi). Berdasarkan pengalaman, semua Lapangan terbang di dunia ini, mesti ada sebuah kiosk yang menjual Data Sim. Dari sudut "Traveler", sebagai backpackers, pada saya sebuah Android @ Tablet sudah cukup memadai sekiranya ia memiliki perisian-perisian seperti yang tertera di atas untuk menjadi "Pemandu Pelancong". Kesemua aplikasi ini boleh dimiliki secara percuma. Contohnya:






Ada banyak lagi aplikasi yang mungkin berguna untuk dimuatturun kedalam Android anda. Mungkin berbayar dan tidak mustahil percuma. Contohnya Jetlag Genie, Globe Tipping, Convert Clothes, dan Icarpark.
Bahasa Inggeris - Kesalahan Tatabahasa adalah perkara biasa bagi mereka yang berbahasa dalam bahasa yang bukan "mother-tongue". Tidak yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, langsung tidak membantu anda untuk bergerak bebas sebagai seorang "Pelancong". Oleh itu, keyakinan dan bersungguh-sungguh adalah perkara yang sangat penting dalam kita beromunikasi dengan orang luar ataupun orang yang baru sahaja dikenali. Saya pernah bertemu dengan seorang Pelancong daripada Jepun di Koh Lipe Island. Melalui pengamatan saya, beliau adalah seorang yang tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Namun kesungguhan dan keyakinan yang beliau miliki menyebabkan saya faham apakah sebenarnya yang cuba untuk disampaikan oleh beliau. Kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat mengenal pasti samada Beliau sedang berbahasa Inggeris ataupun sedang bercakap dalam bahasa Jepun. Contohnya, beliau ingin ke tandas dan bertanyakan kepada saya... "Excuse Me, You %$@#!& Toilet? Toilet? You Toilet?. Walaupun bahasa beliau agak tunggang langgang, tetapi gerak tangan dan ekspresi muka beliau yang bersungguh dan meyakinkan membuatkan saya faham, Beliau sebenarnya ingin ke tandas.
Kaji Budaya dan Kepercayaan - Kebanyakan Pelancong yang saya pernah bawa, sebenarnya mereka kurang mengetahui budaya tempat yang mereka kunjungi. Isu yang sering berlaku ialah wujud perbuatan mereka sebagai orang asing yang sering kali bercanggah dengan adab resam masyarakat yang menduduki tempat tersebut. Sebagai contoh, masyarakat di Saigon HCMC, kebanyakan adalah penganut agama Buddha yang berbeza mazhab dengan agama Buddha yang wujud di Malaysia dan agak tradisional sedikit. Mereka percaya bahawa rezeki akan datang di awal pagi hari, dan oleh sebab itulah aktiviti utama masyarakat ini iaitu berniaga perlu dilakukan di awal pagi hari.
Sekiranya ada pelanggan yang memasuki premis perniagaan mereka tanpa membeli sebarang jualan yang mereka tawarkan, maka mereka percaya bahawa Hari tersebut membawa petanda yang kurang baik terhadap perniagaan mereka dan pintu rezeki mereka telah ditutup. Dalam hal ini, apa yang berlaku ialah kebanyakan Pelancong Malaysia yang pergi ke Vietnam memiliki semangat membeli belah yang sangat dahsyat. Proses tawar menawar harga dilakukan tanpa mengira waktu dan ketika. Hal tawar menawar ini sebenarnya tidak boleh dilakukan di pagi hari. Apatah lagi tidak ingin membeli disebabkan kita tidak puas hati dengan harga yang diberikan oleh peniaga. Lalu, melangkahlah kita keluar daripada premis si Peniaga tersebut tanpa membuat sebarang pembelian. Pernah berlaku (berdasarkan penceritaan kawan saya di HCMC), seorang Pelancong daripada Malaysia diugut oleh si Peniaga untuk membeli barangan mereka, dan yang paling malang lagi ialah si Pelancong tersebut perlu membayar dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga sebenar pakaian tersebut. Sebabnya? si Pelancong tersebut merupakan pelanggan pertama yang memasuki Premis tersebut di awal pagi hari, tetapi enggan membeli pakaian yang sudah pun ditawar olehnya. Tragis bukan? Kajian terhadap budaya dan kepercayaan ini juga menjamin kita untuk bergerak dengan lebih yakin kerana kita sudah pernah mendengar perkara tersebut, nama tempat, kawasan, dan budaya yang ada pada masyarakat yang kita kunjungi.
Ilmu Pertahaman Diri - Tidak kira dimana sahaja kita berada, ilmu untuk mempertahankan diri ini perlu ada dalam diri kita. Secara peribadi, ilmu ini tidaklah semestinya berbentuk fizikal yang kita mampu bersilat, Taek-Wandoo, Tai Chi atau sebagainya. Tetapi ianya ialah mekanisme yang kita sudah rangka untuk kita mengatasi sebarang permasalah yang bakal berlaku pada diri kita. Atau dengan bahasa mudahnya idea dan gambaran untuk kita bertindak berhadapan dengan masalah. Ini Perlu dan wajib!!! Sekiranya anda memiliki kebolehan untuk betarung secara fizikal, ia adalah merupakan satu bonus.
Maka dengan itu, adalah diharapkan beberapa tip yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau idea serta cadangan, sila nyatakan pada ruangan komen dibawah. Sekian Terima Kasih.